Saturday, June 27, 2009

tips persahabatan Rasullah s.a.w:


حدّثنا موسى بنُ إسماعيلَ حدثَنا عبدُ الواحدِ حدَّثَنا أبو بُردةَ بنُ عبدِ اللهِ قال: سمعتُ أبا بُردَةَ بنَ أبي موسى عن أبيهِ رضيَ اللهُ عنهُ قال: قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَثَلُ الجَليسِ الصالحِ والجليسِ السُّوءِ كمثَلِ صاحبِ المِسك وكِيرِ الحدّادِ: لا يَعدَمُكَ من صاحب المسكِ إِمّا تَشتَرِيهِ أو تَجِدُ رِيحَه وكِيرُ الحدّادِ يَحرِقُ بدنكَ أو ثَوبَك أو تَجِدُ منه رِيحاً خبيثةً

Maksudnya: “Perumpamaan rakan yang baik dan rakan yang tidak baik adalah seperti orang yang mempunyai minyak wangi dan pembuat besi. Tidak kamu dapati daripada orang yang mempunyai minyak wangi itu sama ada kamu membeli wangian itu ataupun kamu mendapat bau wangi darinya. Manakala tidak kamu dapati daripada pembuat besi itu sama ada ia membakar tubuh badanmu atau bajumu ataupun kamu mendapati bau yang tidak enak daripadanya.”*

Maka jadilah dan carilah rakan yang baik seperti orang yang mempunyai minyak wangi, jangan sekali kita menjadi dan mencari rakan yang tidak baik seperti si pembuat besi kerana kita sering dinilai dengan siapa kita berkawan, seandainya kawan kita baik, insya Allah kita juga sering dinilai sebagai insan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. Semoga bermanfaat.Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment