Saturday, June 27, 2009

adab berkata-kata.....

1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan:
“Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)
5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan,
dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)
8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)
9. Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)
10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan ayat al-quran, Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)
*** kata-kata yg baik lambang keluhuran hati yg mulia, kerana lidah itu biasan keluhuran & kejujuran hati,.. andai kotor kata2 maka zahirlah kekotoran hati itu.... ***
" Ya Allah moga kami dipelihara iman dan hati kami agr x menjadi kebencian baik di dunia mahupun di akhirat..."
(syafiq)...

tips persahabatan Rasullah s.a.w:


حدّثنا موسى بنُ إسماعيلَ حدثَنا عبدُ الواحدِ حدَّثَنا أبو بُردةَ بنُ عبدِ اللهِ قال: سمعتُ أبا بُردَةَ بنَ أبي موسى عن أبيهِ رضيَ اللهُ عنهُ قال: قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مَثَلُ الجَليسِ الصالحِ والجليسِ السُّوءِ كمثَلِ صاحبِ المِسك وكِيرِ الحدّادِ: لا يَعدَمُكَ من صاحب المسكِ إِمّا تَشتَرِيهِ أو تَجِدُ رِيحَه وكِيرُ الحدّادِ يَحرِقُ بدنكَ أو ثَوبَك أو تَجِدُ منه رِيحاً خبيثةً

Maksudnya: “Perumpamaan rakan yang baik dan rakan yang tidak baik adalah seperti orang yang mempunyai minyak wangi dan pembuat besi. Tidak kamu dapati daripada orang yang mempunyai minyak wangi itu sama ada kamu membeli wangian itu ataupun kamu mendapat bau wangi darinya. Manakala tidak kamu dapati daripada pembuat besi itu sama ada ia membakar tubuh badanmu atau bajumu ataupun kamu mendapati bau yang tidak enak daripadanya.”*

Maka jadilah dan carilah rakan yang baik seperti orang yang mempunyai minyak wangi, jangan sekali kita menjadi dan mencari rakan yang tidak baik seperti si pembuat besi kerana kita sering dinilai dengan siapa kita berkawan, seandainya kawan kita baik, insya Allah kita juga sering dinilai sebagai insan yang baik dan begitu jugalah sebaliknya. Semoga bermanfaat.Wallahu’alam

halawatul iman

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil
berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...
(syafiq)

salam perjuangan buat ansorullah sekalian.. :)

Secara mukaddimahnya,suka ana untuk berkongsi satu kisah yang mana ana petik dari beberapa buku yg ana telah baca dan insyaallah, sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita kembali berkenaan apakah yang pertama dan terutama menjadi bekalan kepada ansorullah sekalian.
=)
Sedarkah kita bahawa dalam diri setiap mukmin itu terdapat satu kuasa dalaman yang cukup unik.Kuasa yg dimaksudkan disini bukanlah seperti kuasa2 seperti dapat membaca pemikiran seseorg atau ultraman yg mampu mengeluarkan "laser" sepertimana yg didedahkan kepada sejak kecil,ataupun "kuasa" artis2 masa kini yg mampu mempengaruhi ribuan remaja.Kuasa yang dimaksudkan disini merupakan kuasa yang sepatutnya didedahkan kepada kita sejak kecil lagi kerana kuasa bukan sahaja mampu mempengaruhi ribuan atau jutaan remaja,malah dunia dan isinya mampu ditakluki iaitu "TAQWA".
=D
Apakah maksud TAQWA ?
Sahabat Umar Khattab pernah bertanya maksud TAQWA kepada sahabat Ubai Bin Kaab.
Ubai Bin Kaab berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Jawab Umar, 'Ya,pernah" Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan ketika itu?" Umar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh." Berkata Ubai, "Itulah TAQWA."
:)
Daripada jawapan Ubai bin Kaab, TAQWA bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak melakukan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh melaksanakan setiap amal ibadah yang dituntut.
Jadi sahabat2 sekalian,sama-sama lah kita muhasabah kembali adakah wujud TAQWA dalam diri kita?solat kita?percakapan kita?pergaulan kita?tidur kita?penampilan kita?........etc
Ketahuilah bahawa pakaian yang terbaik untuk setiap mukmin itu adalah TAQWA. wallahuaklam...(adli)

wahai saudaraku!!!!

Salam,

قال الله تعالى: يآيها الناس إنّا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا وقبائل لتعارفوآ.

Wahai skalain M'sia! Sesungguhnya kami telah menjadikan ( menciptakan ) kami dari lelaki dan wanita dan telah kami jadikan kamu dari khabilah2 dan suku puak supaya kamu mengenali diantara satu sama lain. Al-Hujurat 13..


ukhuwah

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

المؤمن للمؤمن كالبنبان يشدّ بعضه بعضا

( رواه البخارى والمسلم )

Orang Mukmin Dengan Mukmin Yang Lain Adalah Untuk Mengkukuhkan Diantara Satu Sama Lain...

Syarah Hadis..

Hadis ini menghuraikan makna seislam. kerana seorang saudara itu boleh membantu saudara lain dan bantu diantara satu sama dalam masa yang sama seislam itu juga membawa makna berkeja sama memupuk jalinan ukhwah. kerana apabila semua orang islam itu bersatu maka kuatlah islam dan kukuhlah dia ( Syarah pengarang )


Thursday, June 25, 2009

To all DM corner's crews...

esok(jumaat) jgn lupe ek...
ade DM corner kul 5.oo pm..
kite wt kat pondok kecik sblm tgga turun ke basketball court..
kalau x tahu,tggu ana kt post guard je...k waslm :)

huhu..iftor... :)

salam ukhwah wt crew DM corner sekalian...

alhamdulillah,diizinkan jua kita berbuka pose bersame tadi..harap2 ukhwah kite semakin mantop le yek..hehe ini antara moment yg sempat di ambil..








Amboi,sukenye makan ayam....





Mane sayurnye....???
wah..tgh makan pun nak posing ke..huhu
inilah contoh ukhwah sepanjang zaman... ;D

Friday, June 19, 2009

Mule2 usrah....

dah bincang skit2....pastu create blog usrah..cume name usrah x decide lg...so b4 next usrah..dah ade name la ye..and sape2 yg nk make up blog ni..blh la...tanyelah membe yg pandai..k